Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin Bachok Kelantan. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk SRS/KRT Kampung Kemasin melayari blog Srs Krt Kampung Kemasin Bachok Kelantan ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"

Selasa, 6 September 2011

GOTONG ROYONG JALAN

        KRT / SRS Kampung Kemasin akan adakan satu progeram gotong royong pada 16/09/2011 hari Jumaat pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.
    
    Progeram gotong royong itu telah di putuskan dan diterima oleh ahli-ahli KRT / SRS seluruhnya, pada mesyuarat malam 06/09/2011 yang diadakan dipos kawalan utama KRT / SRS Kampung Kemasin.
       
       Mesyuarat itu di pengerusikan oleh Tim.Pengerusi KRT / SRS Kampung Kemasin, yang juga dihadiri oleh Setiausha, Bendahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa serta rakan-rakan KRT / SRS yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gotong Royong