Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin Bachok Kelantan. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk SRS/KRT Kampung Kemasin melayari blog Srs Krt Kampung Kemasin Bachok Kelantan ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"

Selasa, 16 Ogos 2011

TETAP HALANG PENCEROBOH KAMPUNG

                   KAMPUNG KEMASIN – Walaupun dalam bulan Ramadan, ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kampung Kemasin tetap meneruskan agenda menjaga keamanan sekitar kampung mereka dengan kerjasama penduduk setempat.

Ketua SRS Kampung Kemasin, Mohd. Zabidi berkata, dengan kerjasama penduduk, pihaknya membuat rondaan berkala mengikut jadual yang diselaraskan untuk bulan ini.

Menurutnya, walaupun bulan puasa, aspek keselamatan tetap diutamakan kerana dikhuatiri penceroboh mengambil kesempatan ketika penduduk keluar menunaikan solat Terawih.

“Penduduk disaran tidak memberi peluang kepada penceroboh untuk membuat onar pada Ramadan ini dengan meningkatkan aspek keselamatan di rumah masing-masing ketika keluar solat Terawih.

“Pihak kami pula bertugas mengikut giliran untuk memastikan tiada yang cuba mengambil kesempatan ketika penduduk tiada di rumah masing-masing,” 

Beliau berkata, sejak aktiviti rondaan dijalankan setahun lebih lalu, orang ramai mula rasa selamat pada waktu malam memandangkan kes jenayah mula berkurangan.

Rondaan SRS ini dilakukan sekitar Kampung Kemasin yang melibatkan lebih kurang 300 kediaman penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gotong Royong