Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin Bachok Kelantan. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk SRS/KRT Kampung Kemasin melayari blog Srs Krt Kampung Kemasin Bachok Kelantan ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"

Sabtu, 31 Disember 2011

MAJLIS KESYUKURAN KRT / SRS KEMASIN

Pada hari ini KRT / SRS Kemasin telah adakan satu majlis kesyukuran dan sambut tahun baru 2012M dan 1433H dibilik gerakan KRT / SRS Kemasin di rumah Judin. Majlis hari ini dipersetujui sebulat suara oleh ajk dan ahli-ahli. Hari ini telah korbankan 2 ekor kambing dan 25kg dagin lembu.

Sabtu, 15 Oktober 2011

MYLAUNCHPAD NEWS | Keaktifan SRS antara punca jenayah di Miri berkurangan

Keaktifan SRS antara punca jenayah di Miri berkurangan

1
MIRI, (Bernama) - Peranan aktif penduduk setempat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah antara faktor yang berjaya mengurangkan jumlah kes jenayah di bandar raya ini, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris.

Beliau berkata rondaan lebih kerap oleh penduduk kampung di kawasan perumahan menutup peluang penjenayah untuk menjalankan kegiatan mereka.

"Walaupun niat dan kebolehan untuk melakukan jenayah tidak dapat dihalang, tapi boleh berbuat sesuatu seperti melakukan SRS ini untuk tidak memberi peluang kepada sebarang perlakuan jenayah daripada berlaku," katanya ketika berucap pada majlis sambutan 29 peserta SRS Sabah yang berkunjung ke sini hari ini.

Ismail berkata polis akan memberi komitmen penuh sebagai menyokong usaha SRS bagi menggerakkan penduduk setempat untuk sama-sama membendung kejadian jenayah.

Jumaat, 16 September 2011

Progam gotong royong KRT Kampung Kemasin hari ini berjaya

Progam gotong royong KRT Kampung Kemasin hari ini berjaya 100% dengan kehadiran dan semangat kerja sama dikalangan ahli Kawasan Rukun Tertanga Kampung Kemasin yang ditunjukan.
Dengan kejayaan hari ini maka satu lagi progam susulan akan diadakan oleh KRT Kampung Kemasin, hal ini akan di masukkan dalam egenda mesyuarat awal bulan setiap bulan.

 

Ahad, 11 September 2011

SATU PROGRAM

SRS Kemasin sedang memburu anjing-anjing liar yang berkeliaran dalam kawasan KRT / SRS kampung Kemasin. Program ini di ketuai oleh Jailani Ab.Kadir.

Gotong Royong