Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin Bachok Kelantan. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kemasin khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk SRS/KRT Kampung Kemasin melayari blog Srs Krt Kampung Kemasin Bachok Kelantan ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"

Sabtu, 31 Disember 2011

MAJLIS KESYUKURAN KRT / SRS KEMASIN

Pada hari ini KRT / SRS Kemasin telah adakan satu majlis kesyukuran dan sambut tahun baru 2012M dan 1433H dibilik gerakan KRT / SRS Kemasin di rumah Judin. Majlis hari ini dipersetujui sebulat suara oleh ajk dan ahli-ahli. Hari ini telah korbankan 2 ekor kambing dan 25kg dagin lembu.

Sabtu, 15 Oktober 2011

MYLAUNCHPAD NEWS | Keaktifan SRS antara punca jenayah di Miri berkurangan

Keaktifan SRS antara punca jenayah di Miri berkurangan

1
MIRI, (Bernama) - Peranan aktif penduduk setempat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah antara faktor yang berjaya mengurangkan jumlah kes jenayah di bandar raya ini, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris.

Beliau berkata rondaan lebih kerap oleh penduduk kampung di kawasan perumahan menutup peluang penjenayah untuk menjalankan kegiatan mereka.

"Walaupun niat dan kebolehan untuk melakukan jenayah tidak dapat dihalang, tapi boleh berbuat sesuatu seperti melakukan SRS ini untuk tidak memberi peluang kepada sebarang perlakuan jenayah daripada berlaku," katanya ketika berucap pada majlis sambutan 29 peserta SRS Sabah yang berkunjung ke sini hari ini.

Ismail berkata polis akan memberi komitmen penuh sebagai menyokong usaha SRS bagi menggerakkan penduduk setempat untuk sama-sama membendung kejadian jenayah.

Jumaat, 16 September 2011

Progam gotong royong KRT Kampung Kemasin hari ini berjaya

Progam gotong royong KRT Kampung Kemasin hari ini berjaya 100% dengan kehadiran dan semangat kerja sama dikalangan ahli Kawasan Rukun Tertanga Kampung Kemasin yang ditunjukan.
Dengan kejayaan hari ini maka satu lagi progam susulan akan diadakan oleh KRT Kampung Kemasin, hal ini akan di masukkan dalam egenda mesyuarat awal bulan setiap bulan.

 

Ahad, 11 September 2011

SATU PROGRAM

SRS Kemasin sedang memburu anjing-anjing liar yang berkeliaran dalam kawasan KRT / SRS kampung Kemasin. Program ini di ketuai oleh Jailani Ab.Kadir.

Selasa, 6 September 2011

GOTONG ROYONG JALAN

        KRT / SRS Kampung Kemasin akan adakan satu progeram gotong royong pada 16/09/2011 hari Jumaat pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.
    
    Progeram gotong royong itu telah di putuskan dan diterima oleh ahli-ahli KRT / SRS seluruhnya, pada mesyuarat malam 06/09/2011 yang diadakan dipos kawalan utama KRT / SRS Kampung Kemasin.
       
       Mesyuarat itu di pengerusikan oleh Tim.Pengerusi KRT / SRS Kampung Kemasin, yang juga dihadiri oleh Setiausha, Bendahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa serta rakan-rakan KRT / SRS yang lain.

Khamis, 1 September 2011

SELAMAT MERDEKA KE 54

MERDEKA......MERDEKA.........MERDEKA

Selasa, 23 Ogos 2011

PROGRAM KRT/SRS KEMASIN

        KRT/SRS Kemasin cadangkan dua program iaitu majlis berbuka puasa dibulan puasa ini dan sukan rakyat selepas raya ini. Dua program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi rakan-rakan KRT/SRS dan penduduk kampung Kemasin, bersesuaian dengan konsap penubuhan KRT/SRS iaitu untuk PERPADUAN setempat.
           Hal ini telah disuarakan oleh salah seorang ahli jawatankuasa KRT/SRS  kita.

Ahad, 21 Ogos 2011

KRT/SRS TERIMA WANG ZAKAT

Kawasan Rukun Tertangga / Skim Rondaan Sukarela (KRT/SRS) - Seramai 13 orang ahli KRT/SRS Kemasin telah menerima wang zakat daripada Dato' Dr. Awang Adek Husin Tim.Menteri Kewangan di kediamannya dikampung Perupok Bachok pada petang ahad 21hb Ogos 2011M bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432H.
     Wang zakat itu dapatlah membantu ahli-ahli KRT/SRS di bulan puasa yang hampir pergi dan bulan raya yang hampir tiba tidak lama lagi.

Selasa, 16 Ogos 2011

TETAP HALANG PENCEROBOH KAMPUNG

                   KAMPUNG KEMASIN – Walaupun dalam bulan Ramadan, ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kampung Kemasin tetap meneruskan agenda menjaga keamanan sekitar kampung mereka dengan kerjasama penduduk setempat.

Ketua SRS Kampung Kemasin, Mohd. Zabidi berkata, dengan kerjasama penduduk, pihaknya membuat rondaan berkala mengikut jadual yang diselaraskan untuk bulan ini.

Menurutnya, walaupun bulan puasa, aspek keselamatan tetap diutamakan kerana dikhuatiri penceroboh mengambil kesempatan ketika penduduk keluar menunaikan solat Terawih.

“Penduduk disaran tidak memberi peluang kepada penceroboh untuk membuat onar pada Ramadan ini dengan meningkatkan aspek keselamatan di rumah masing-masing ketika keluar solat Terawih.

“Pihak kami pula bertugas mengikut giliran untuk memastikan tiada yang cuba mengambil kesempatan ketika penduduk tiada di rumah masing-masing,” 

Beliau berkata, sejak aktiviti rondaan dijalankan setahun lebih lalu, orang ramai mula rasa selamat pada waktu malam memandangkan kes jenayah mula berkurangan.

Rondaan SRS ini dilakukan sekitar Kampung Kemasin yang melibatkan lebih kurang 300 kediaman penduduk.

Isnin, 18 Julai 2011

KRT SRS DAN BELIA KAMPUNG KEMASIN BERSAMA KETUA JAJAHAN BACHOK

Gotong royong
Ketua Jajahan Bachok
Sembahyang sunat Duha       

Tambah kapsyen

Ahad, 17 Julai 2011

memotong dagin lembu

                            Semangat kerja sama diantara semua anggota SRS/KRT
       Kampung Kemasin bekerja sama memotong dagin untuk jamuan sempena 
DO masuk Kampung

LAWATAN PENGAWA DAERAH PERUPOK






                   

Pengawa Daerah Perupok makan bersama-sama anggota SRS/KRT Kampung Kemasin semasa persiapan untuk acara Pegawai Daerah (DO) masuk kampung.











Lawatan Pengawa Daerah Perupok disambut oleh anggota SRS/KRT Kampung Kemasin.

SRS KEMASIN

      
           
SRS Kemasin ditubuhkan pada tahun 2010.
Yang dianggotai oleh 70 orang warga Kemasin.

Gotong Royong